Syabas dan tahniah buat warga SMK Sungai Udang (SMKSU) kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dalam Kejohanan Petanque ANGKASA Koperasi Negeri Melaka 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir, semua guru penasihat, jurulatih, ibu bapa serta semua yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kejayaan pasukan Boules (Petanque) SMKSU.
Pencapaian pasukan:
???? Naib Johan Kategori Lelaki
???? Tempat Ketiga Kategori Perempuan
????️ Tempat Kelapan Kategori Perempuan
Alhamdulillah, ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan kepada semua atlet dan murid untuk terus berusaha serta mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara pada masa akan datang.
20–21 Julai 2026