PROGRAM LADAP KEPENGADILAN OLAHRAGA SMKSU
Alhamdulillah, Unit Kokurikulum dengan kerjasama Panitia Sains Sukan serta Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) telah berjaya melaksanakan Kursus LADAP Kepengadilan Olahraga SMK Sungai Udang.
Program ini melibatkan penyertaan semua warga guru serta murid Sains Sukan, dengan pengisian meliputi:
Sesi teori di Dewan TS25
Sesi praktikal di Padang SMK Sungai Udang
Pelaksanaan kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kepengadilan olahraga, sekali gus memperkasa pengurusan aktiviti sukan di peringkat sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
30 Mac 2026