• Main
  • News

Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Smk Sungai Udang 2026

Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Smk Sungai Udang 2026

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SMK SUNGAI UDANG 2026

Syukur Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SMK Sungai Udang 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan jayanya pada 6, 7 dan 11 April 2026 bertempat di padang SMK Sungai Udang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir sekolah Tuan Pengetua, barisan Penolong Kanan serta seluruh warga guru yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan kejohanan ini.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua AJK pelaksana, petugas, murid-murid serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Segala usaha, pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan amat dihargai dan menjadi tunjang kepada kejayaan program ini.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu, malah membentuk semangat kesukanan, disiplin serta jati diri dalam kalangan murid SMK Sungai Udang.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan saingan terbaik!

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa pembangunan sukan sekolah ke tahap yang lebih cemerlang.


About Us

  • SMK Sungai Udang,Melaka

    Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara