PROGRAM FUN RUN SMK SUNGAI UDANG, BERJAYA DILAKSANAKAN!
Alhamdulillah, Program Fun Run SMK Sungai Udang telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan keceriaan!
Mulai dengan bacaan Yasin sebagai pembukaan yang penuh barakah, diikuti dengan sesi senamaerobik yang meriah, dan diakhiri dengan larian bersama yang penuh keseronokan program ini telah membuktikan bahawa warga SMKSU sentiasa BERSATU, BERPENGETAHUAN dan BERDISIPLIN dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
Barisan pentadbir sekolah atas hala tuju dan sokongan padu yang diberikan. Semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Seluruh warga SMKSU yang hadir dan memberikan kerjasama terbaik
Semoga program sebegini dapat terus diperkasakan demi melahirkan pelajar yang sihat, cergas dan berdaya saing!
#FunRun #SMKSungaiUdang #Melaka #BersatuBerpengetahuanBerdisiplin #GuruBerkualiti #PendidikanMalaysia